Firefly
Firefly
A

Font Size

Firefly
Firefly
Firefly
Firefly
Firefly
FLIGHT
Adult
(2+ years old)
Infant
(9 days - 2 years old)
FLIGHT
Adult (2+ years old)
Infant (9 days - 2 years old)

Slash, mata di jarinya

9 Ogos 2010

SLASH dan 'rakan duetnya', gitar Gibson ibarat isi dan kulit. Malah, dia membelikan insurans buat semua gitarnya.

RAMBUT kerintingnya ditambah aksesori topi sudah menjadi tanda dagang lelaki dengan nama Saul Hudson ini. Slash, matanya terletak di jari-jemarinya.

Dia gitaris hebat yang pernah menganggotai kumpulan legenda, Guns N' Roses, namun berperang besar dengan sang vokalis, Axl Rose. Dia kemudian bersatu dalam grup Velvet Revolver dan kini selesa bergerak secara duet dengan gitarnya sahaja.

Kedatangan gitaris berusia 45 tahun ini membawa auranya ke Asia menjadi hebohan besar terutama buat individu yang berjiwa melodi dan irama rock.

Dia ibarat dewa gitar yang turun berkongsi mantera instrumen dan dia hadir di Sunway Lagoon pada 5 Ogos lalu bersama Gibson yang sentiasa mesra di tangannya.

Mempersembahkan 19 buah lagu, dia beraksi cemerlang bersama Myles Kennedy sempena kehadirannya di Malaysia yang dibawakan oleh syarikat penerbangan Fire Fly.

Terdahulu, dia sempat singgah di Indonesia dan Singapura untuk menyapa hati dan telinga penggemar tegarnya.

Ternyata kecintaannya terhadap instrumen itu telah membuatkan dia menyediakan insurans untuk koleksi gitarnya yang berjumlah lebih 100 buah.

Dia pernah disenaraikan sebagai gitaris kedua terhebat oleh majalah Time dalam senarai 10 Pemain Gitar Terhebat Sepanjang Zaman. Malah, termaktub juga dalam 50 Gitaris Terhebat dalam senarai majalah dalam talian Gigwise.




Flights
Firefly Holiday
Insurance
Community
BonusLink
eMagazine
Contact Us
Help
About Us