Firefly
Firefly
A

Font Size

Firefly
Firefly
Firefly
Firefly
Firefly
FLIGHT
Adult
(2+ years old)
Infant
(9 days - 2 years old)
FLIGHT
Adult (2+ years old)
Infant (9 days - 2 years old)

Persembahan Gitaris Slash Nyata Memukau!

KUALA LUMPUR, 6 OGOS 2010 : Kehadiran pemain guitar lagenda dunia, Saul Hudson, 44, atau lebih dikenali sebagai Slash di Sunway Lagoon Theme Park tepat jam 8 malam tadi ternyata mengundang histeria di kalangan penonton yang hadir.

Konsert Slash Live In Kuala Lumpur 2010 telah menerima kunjungan kira-kira 10,000 penonton itu berlangsung selama 2 jam.

Slash telah mula beraksi garang menerusi lagu Night Train diiringin Myles Kennedy (vokal), Bobby schneck (Rhytm Gitar), Todd Kerns (Bass) dan Brent Fitz (Drum).

Antara beberapa lagu lain yang dipersembahkan seperti Dirty Little Thing, Civil War,Watch This Slash, Sweet Child O Mine', Rocket Queen, Sucker Train Blues, Slither, November Rain dan Paradise City.

Slash bersama barisan muziknya itu turut memainkan lagu-lagu seperti Nothing To Say, Back From Cali, By The Sword, Starlight.

Sebelum kemunculan bekas gitaris Gun N' Roses itu, Amy Search terlebih dahulu menghiburkan penonton seawal pukul 7 petang dengan lagu-lagu popular antaranya Isabella, Pawana serta Kepala Sotong.

Manakala diawal persembahan Slash, berlaku beberapa pertengkaran besar antara beberapa jurugambar dengan pengawal keselamatan yang bertugas. Ia berlaku setelah jurugambar terbabit tidak dibenarkan memasuki ruangan hadapan, sebaliknya mereka disarankan mengambil gambar dari ruang tempat penonton.

Slash yang terkenal dengan imej berambut panjang dan bertopi tiba di Kuala Lumpur pada jam 2.30 petang, kelmarin bersama 13 ahli rombongan. Dia tiba dari Jakarta selepas selesai menjayakan dua konsert di sana.

Pada Ogos 2009, Majalah Time telah menempatkan Slash di posisi ke-2 daripada 10 Pemain Gitar Elektrik Terbaik Sepanjang Masa. Maka dengan itu, tidak mustahilah lagenda itu mempunyai pengaruh yang besar di serata dunia.

Flights
Firefly Holiday
Insurance
Community
BonusLink
eMagazine
Contact Us
Help
About Us