• Fly 3x a week comfortably, quickly & safely from K Bharu to J Bahru
Home » Media Coverage » Amy Pembuka Tirai Konsert Slash

Amy pembuka tirai konsert Slash

07 Jul 2010

SUBANG JAYA: Penyanyi rock ternama tanah air, Amy Search diberi penghormatan membuat persembahan sebagai pembuka tirai konsert pemain gitar legenda, Slash yang dijadual berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon Theme Park, pada 5 Ogos ini.

Amy berkata dia cukup terharu dengan kesempatan diberikan dan menganggapnya seperti mimpi menjadi kenyataan kerana dia sudah lama bercita-cita bertemu pemain gitar Gun N Roses itu. “Bagi saya, Slash pemain gitar paling seksi di dunia merujuk kepada corak permainannya di pentas. Petikan gitar dan identiti Slash cukup hebat. Dia antara idola saya, selain gitaris kumpulan Ozzy Osbourne, Jake E Lee dan Randy Rhoads serta gitaris kumpulan Led Zeppelin, Jimmy Page. “Kalau Yngwie Malmsteen atau Eddie Van Halen menyerlah dengan kepantasan petikan gitar, Slash pula menyerlah dengan gaya blues rock,” katanya pada sidang media konsert Slash Live In Kuala Lumpur 2010 di Sunway Resort Hotel & Spa di sini, semalam.

Slash atau Saul Hudson dijangka muncul bersama pemain gitar kumpulan Alter Bridge, Myles Kennedy yang bertindak selaku vokalis.

Konsert istimewa itu dibawakan syarikat penerbangan komuniti terbaik, Firefly yang baru melancarkan pakej konsert percutian dalam negeri dan luar negara melalui laman webnya.

Kata Amy, lapan lagu solo termasuk lagu Search akan didendangkan pada pembukaan konsert pemain gitar Gun N Roses itu. “Saya juga ingin berterima kasih kepada Firefly yang bertanggungjawab membawa Slash beraksi di Malaysia,” kata Amy, 52 yang akan memulakan persembahan jam 7.30 malam diikuti Slash jam 8.45 malam.

Selain Harian Metro dilantik sebagai akhbar rasmi, konsert itu disokong penaja lain seperti Tourism Malaysia, TV3, Hot FM, FlyFM dan Sunway Resort Hotel & Spa dan Sunway Lagoon. Ketua Pemasaran dan Komunikasi Firefly, Angelina Fernandez berkata, peminat dapat menyaksikan dua legenda pada satu harga tiket.

“Kita juga mempromosikan konsert Slash ini di luar negara khususnya di mana Firefly singgah. Bagi Firefly, inilah gandingan terbaik membuka tirai konsert anjuran Firefly seterusnya,” kata Angelina.

Tiket VIP dijual pada harga RM378. Bagi PS1, harga tiket adalah RM253, RM178, RM128. Tiket PS2 berharga RM183, RM128 dan RM93.

Untuk menempah tiket secara online, peminat boleh melayari laman web www.fatdeal.com.my atau menghubungi 03-7862 2000.

Tiket juga dibeli di cawangan Bentley, Guitar Collection, Mahogany Music, Guitar Planet, Yamaha Music (M), Rock Corner, Akarkarya Studio Damansara, FP Backline & Studios, Victoria Music Store serta pejabat jualan tiket Firefly di semua destinasi tempatan.

fyh pen

fyh jhb

Pfizer

 

Feedback button