Firefly
Firefly
A

Font Size

Firefly
Firefly
Firefly
Firefly
Firefly
FLIGHT
Adult
(2+ years old)
Infant
(9 days - 2 years old)
FLIGHT
Adult (2+ years old)
Infant (9 days - 2 years old)

Lagenda Rock Slash Kini Berada Di Malaysia!

KUALA LUMPUR, 5 OGOS 2010: Kedatangan bekas pemain gitar lagenda utama kumpulan Guns N Roses, Saul Hudson atau lebih dikenali sebagai Slash ke Malaysia hari ini untuk menjayakan Konsert Slash Live In Kuala Lumpur 2010 hari ini ( 5 Ogos) sememangnya telah membuat ramai peminatnya semakin teruja dan tak sabar menantikan kehadiran ikon muzik antarabangsa itu untuk beraksi di atas pentas.

Malah, setibanya Slash di Kuala Lumpur, selepas diterbangkan oleh Firefly dari Jakarta semalam, dia terus mengadakan pertemuan dengan pihak wartawan hiburan dalam satu sidang media di Sunway Resort Hotel & Spa pada jam 5 petang semalam untuk konsertnya yang akan berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon Theme Park jam 7 malam ini.

Slash yang hadir pada petang itu dengan imej rambut panjang serta bertopi dan bertatu penuh di tangan itu memberitahu dia sudah lama menyimpan hasrat untuk datang ke Malaysia.

"Saya amat teruja kini berada di Malaysia buat pertama kalinya. Malaysia sangat cantik dan saya selesa dengan orang-orang di sini yang berbudi bahasa", katanya.

Kehadiran Slash pada sidang media itu, telah membuatkan ramai yang ingin mengetahui sedikit sebanyak tentang kehebatannya dalam bermain gitar dengan baik sehingga memukau setiap orang yang mendengarnya.

"Semasa saya kecil dan bersekolah, saya juga seperti budak sekolah yang lain yang hanya bermain dan belajar bermain rekoder di sekolah. Saya mula minat bermain gitar sejak mempelajarinya menerusi lagu Tangerine dari band Lep Zeppelin", kata Slash.

Musykil dengan imejnya yang sentiasa bertopi di setiap acara yang dihadirnya, ada yang berminat untuk mengetahui dan bertanya kepadanya sendiri apa sebab dia memakainnya dan Slash menjawab: "Saya suka memakainya dan saya ada 6 jenis topi dalam koleksi saya. Bila saya pakai topi saya rasa 'cool', jawabnya sambil ketawa kecil dan membuatkan semua yang hadir turut tertawa.

Slash yang telah sekian lama terlibat sebagai pemuzik terkenal itu turut berkongsi tentang pelbagai perkara menarik yang pernah dilaluinya sewaktu menjayakan konsert di seluruh dunia.

"Saya ada satu pengalaman ini, saya didatangi seorang lelaki yang terus naik ke atas pentas mendekati saya ketika konsert berlangsung. Yang peliknya apa yang lelaki itu buat seperti berminat dengan saya bukan gitar saya", katanya sambil ketawa.

Menariknya konsert Slash nanti akan dijayakan bersama ahli band lain yang terkenal termasuklah vokalis Myles Kennedy, pemain gitar Robert Schneck, Tod Kerns sebagai bass dan pemain dram Brent Fitz.

Antara lagu-lagu hits dan popularnyan yang akan dibawakan Slash bersama band iringannya ketika ini adalah seperti Sweet Child O Mine, November Rain dan Paradise City. Ia pasti membawakan originaliti muzik Slash yang mempunyai pelbagai genre iaitu dari rock, punk rock kepada hip hop. Apa-apa pun, pintu untuk konsert Slash esok akan dibuka seawal 6 petang. Manakala konsert akan bermula pada pukul 7 dengan persembahan band yang telah memenangi pertandingan yang dianjurkan Firefly, Bintang Rock Hot FM, Blister sebagai pembuka tirai konsert.

Kemudian lagenda rock Malaysia, Amy Search telah diberi penghormatan untuk beraksi sebagai opening act konsert pada malam itu dan barulah ikon lagenda rock, Slash memulakan konsertnya.

Tiket masih lagi dijual secara online di www.fatdeal.com.my atau hubungi egen Fatdeal penjual tiket rasmi di 03-78622000. Tiket juga boleh didapati di Firefly Airport Ticketing Offices (ATO) and City Ticketing Offices (CTO).

Flights
Firefly Holiday
Insurance
Community
BonusLink
eMagazine
Contact Us
Help
About Us