Firefly
Firefly
A

Font Size

Firefly
Firefly
Firefly
Firefly
Firefly
FLIGHT
Adult
(2+ years old)
Infant
(9 days - 2 years old)
FLIGHT
Adult (2+ years old)
Infant (9 days - 2 years old)

Histeria 'disihir' Slash


07 Ogos 2010

AURA petikan gitar solo Slash membuatkan lebih 7,000 peminat seperti terkena ‘histeria’ sewaktu menggegar pentas pada konsert sulungnya di Surf Beach Sunway Lagoon, Petaling Jaya, kelmarin. Konsert Slash bertema Live In Kuala Lumpur 2010 menarik pelbagai latar penonton termasuk VIP tempatan dan peminat setianya dari Australia, Amerika Syarikat dan Indonesia. Tarikan kuat menyaksikan Slash terbukti apabila ribuan peminat membanjiri pintu laluan masuk sejak jam 5 petang. Ramai hadir berpakaian gaya penampilan gitaris kesayangan mereka.

Konsert istimewa selama satu setengah jam berkenaan dibawakan syarikat penerbangan komuniti terbaik, Firefly. Sebaik ikon kegilaan ramai bekas gitaris Guns N Roses itu muncul tepat jam 8.15 malam, peminat terus menjerit melaungkan namanya.

Dengan imej bertopi top hat dan berkaca mata hitam, dia memulakan persembahan dengan lagu Ghost, karya pertama album solo baru bertajuk Slash. Kehadiran Slash dimantapkan iringan empat pemuziknya, Myles Kennedy (vokal/gitar), Robert Schneck (gitar), Tony Montana (bass) dan Brent Fitz selaku dram, mendendangkan lebih 13 lagu.

Myles yang juga vokalis Alter Bridge, memberi impak penyuntik semangat Slash dalam konsert julung kali diadakan di Malaysia. Selang beberapa lagu, Slash sempat mencapai mikrofon berseloroh.

Dia menyatakan suka persekitaran di Malaysia apabila mengatakan tidak pernah ke sini sebelum ini dan terkejut kerana wanitanya cantik-cantik. Slash juga berharap dapat tinggal di sini dan ucapannya itu disambut sorakan gemuruh penonton. Beberapa lagu hit lain disampaikan antaranya Nightrain, Rocket Queen, Civil War, Back From Cali dan Starlight. Detik kemuncak persembahan malam itu sewaktu Slash mendendangkan lagu ‘killernya’, Sweet Child O’ Mine yang berkumandang di ruang udara Sunway. Sokongan hebat lirik dan melodi kegilaan peminat serata dunia itu terpancar hinggakan penonton mewujudkan lautan cahaya pemetik api dinyalakan sambil menyanyi bersama Myles. Walaupun bermandi peluh, Slash mempamerkan beberapa solo ‘goreng gitar’ panjang dengan gitar Gibson Les Paul tradisionalnya yang diselang seli ‘rolling drum’ solo Brent. Slash mengakhiri konsert jam 9.55 malam dengan ucapan gembira kerana persembahannya dihargai penonton dan menyatakan sayang semua peminatnya sebelum mendendangkan lagu penutup yang juga lagu wajib dalam setiap jelajahnya, Paradise City. Sebelum itu, konsert bermula jam 7 malam dibuka band pemenang Bintang Rock Hot FM, Blister yang menyampaikan dua lagu, Blind Love dan Headbangers Song.

Kehangatan disusuli penampilan legenda rock tanah air, Amy Search bersama gitaris, Edrie Hashim diberi penghormatan untuk persembahan pembukaan hingga membuatkan peminat teruja. Amy menyampaikan enam lagu hit antaranya Isabella, Pawana dan Aku Dah Bosan. Majlis dimeriahkan telatah dua pengacara, Syarifah Aleya dan Phat Babes.

Slash atau Saul Hudson, 44, menyifatkan persembahan di Malaysia penanda aras baru karier artis solonya. Sebelum kesini, Slash baru menjayakan dua konsert di Indonesia.

Slash berkata, dia gembira diberi penghormatan menjayakan konsert di Malaysia, Katanya, Malaysia destinasi sangat istimewa.

“Saya banyak belajar perkara baru sebaik tiba di negara ini,” katanya. Lebih menarik, dia berkesempatan bertemu gitaris AC/DC idolanya, Angus Young, baru-baru ini.

Menerusi satu temu ramah khas bersama media tempatan, Slash memberi tip kepada gitaris. Katanya, seseorang gitaris perlu ada ‘sound sendiri’ demi masa depan karier dan pembentukan personaliti.

“Anda perlu tahu bunyi gitar, cara anda bermain dan nota apa anda pilih. Ramai gitaris saya tahu sering tidak ada gambaran jelas membayangkan bunyi sebenar yang dimahukan mereka. “Ada masanya gitar mereka tiada suara dan tidak men­g­gambarkan diri sebenar mereka,” katanya.

Selain Harian Metro sebagai akhbar rasmi, konsert Slash Live In Kuala Lumpur 2010 turut dijayakan oleh penaja rasmi lain seperti TV3, HotFM/FlyFM dan Pelancongan Malaysia.

Flights
Firefly Holiday
Insurance
Community
BonusLink
eMagazine
Contact Us
Help
About Us