Firefly
Firefly
A

Font Size

Firefly
Firefly
Firefly
Firefly
Firefly
FLIGHT
Adult
(2+ years old)
Infant
(9 days - 2 years old)
FLIGHT
Adult (2+ years old)
Infant (9 days - 2 years old)

Berlauk garam

26 Ogos, 2010

MELAKA: Kepayahan hidup seorang ibu tunggal demi menjaga empat anak lelakinya yang bersekolah akhirnya mendapat perhatian apabila menerima sumbangan Titipan Kasih Harian Metro 2010 di Bukit Katil, di sini, Sabtu lalu.

Siti Hasnita Buang, 39, antara 20 ibu tunggal terpilih menerima barangan bagi membolehkan mereka menyambut kedatangan Aidilfitri dengan lebih meriah. Siti Hasnita dari Taman Bukit Katil Permai berkata, dia tidak pernah menerima sumbangan seumpama itu dan bersyukur kerana dilimpahi rezeki bagi meringankan beban mereka menjelang Aidilfitri.

“Sebelum ini, insan kurang bernasib baik seperti kami sering disisihkan, malah payah untuk mendapat perhatian daripada pihak lain terutama agensi berkaitan.

“Kesempitan kami pernah mencapai tahap saya dan anak berusia antara 13 hingga 17 tahun terpaksa menjamah nasi dan garam saja.

“Mujur, anak memahami kepayahan hidup yang kami tanggung dan tidak pernah merungut,” katanya. Dia berkata demikian ketika ditemui selepas menerima bantuan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar, sempena Titipan Kasih Harian Metro 2010 di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Bayan, Kampung Bukit Katil.

Program tahun ketiga ini turut mendapat sokongan Kerajaan Melaka, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Sani Ekspres Sdn Bhd, Tesco, Kumpulan Am Bank, Giant, Orang Kampung Corpora tion, Takaful Ikhlas, Federal Malay Holdings, Tenaga Na sional Ber had, Shell, Yusof Taiyoob Sdn Bhd, Padi Beras Nasional Berhad, Puspakom Sdn Bhd, Iltizam Perkasa, Kentucky Fried Chicken, Fel la Designs, Firefly, Milo, Fol low Me, Islamic Relief Ma laysia, Nurbeautyline dan Maggi.

Flights
Firefly Holiday
Insurance
Community
BonusLink
eMagazine
Contact Us
Help
About Us